Monday, 19 March 2012

Tingkap JOHARI

Ia adalah satu teori personaliti yang diasaskan
oleh Joseph Luft dan Harrington Ingham. Teori
ini menunjukkan sifat-sifat diri anda apabila
anda berinteraksi dengan orang lain.

Tingkap 1(BEBAS)
Ia mewakili diri anda yang diperlihatkan kepada
orang lain seperti hobi,keluarga,tempat tinggal
dan sebagainya. Maklumat-maklumat yang dikongsi
dengan orang lain ini tidak mengancam atau
membahayakan anda.

Tingkap 2 (TIDAK DISEDARI)
Ia mewakili diri sendiri yang anda tidak ketahui.
Contohnya nafas anda berbau, suara anda, gaya anda
berjalan dari belakang dan sebagainya. Anda tidak
dapat menilai diri sendiri tetapi orang lain boleh
menilai anda.

Tingkap 3 (TERSEMBUNYI)
Ia mewakili sifat diri anda yang anda tidak mahu
berkongsi dengan orang lain. Contohnya rahsia anda
atau perasaan cinta terhadap orang lain. Anda akan
berasa terancam atau cemas bila rahsia anda
terbongkar.

Tingkap 4 (TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG)
Ia mewakili sifat diri yang anda tidak ketahui.
Begitu juga dengan orang lain. Ia terletak di bawah
minda bawah sedar.




Perubahan pada satu tingkap akan mempengaruhi tingkap
yang lain.

Wednesday, 22 February 2012

Perkaitan Sikap dan Tingkah laku Dengan Konsep Kendiri

Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar, bukan mudah
ibu bapa dan guru memainkan peranan mengubah sikap dan
tingkah laku seseorang kanak-kanak atau murid. Pelbagai nasihat
dan dorongan telah diberi namun individu tersebut masih juga bersikap
acuh tak acuh terhadap apa jua nasihat dan teguran yang diberi.             
Keluhan ibu bapa dan komen daripada guru perlu dijadikan sandaran
untuk kaunselor bertindak bijak berasaskan senario ini. Mengapa nasihat
tidak memberi sebarang bekas kepada tingkah laku murid di sekolah?
Adakah generasi X ini merupakan individu yang sukar dibentuk atau ibu
bapa atau guru yang kurang memahami tuntutan mereka?
Ahli-ahli psikologi mengatakan bahawa pembentukan sikap dan tingkah
laku seseorang individu ada kaitannya dengan konsep kendiri. Justeru
nasihat yang diberi dikatakan tidak dapat mendorong seseorang itu
mengubah konsep kendiri mereka. Sebagai contoh, " Kamu mesti buat
banyak latihan kalau nak lulus dalam matematik tidak dapat mengubah
konsep kendiri murid itu yang percaya bahawa ia sememangnya lemah
dalam matematik. " Nasihat yang diberi juga gagal mendorong murid
membuat ramalan-ramalan positif tentang peluangnya untuk lulus dalam
matematik pada masa hadapan. Malah ia mengukuhkan lagi ciri-ciri
negatif dalam diri seseorang bahawa ia sememangnya lemah dalam
subjek tersebut. Perubahan sikap, pemikiran dan tingkah laku hanya
berlaku sekiranya seseorang itu mengubah konsep kendirinya. Jika
nasihat-nasihat yang diberikan selaras dengan konsep kendiri individu
itu, individu itu akan berubah dengan sendirinya.

Monday, 20 February 2012


Siapakah Seorang Pelajar?
Adakah seseorang pelajar kenal akan dirinya dan peranannya?
  • Pelajar perlu tahu akan perkara yang membentuk dirinya sendiri.
  • Ada pelajar tidak kenal dan peka tentang perubahan yang dialaminya.
  • Kebanyakan pelajar keliru tentang diri dan peranan mereka.                                         
  • Setiap individu pelajar itu unik.
  • Setiap individu terbentuk berdasarkan 3 komponen:
                      a.       Kognitif (Pemikiran)
                      b.       Tingkah laku
                      c.       Emosi (Perasaan)

    Jika seseorang individu itu mengalami gangguan emosi, secara
    tidak langsung tingkah lakunya akan turut memberi tindak balas
    kepada situasi tersebut. Adakalanya ia bersifat tidak rasional.
    Ini bergantung kepada keteguhan iman dan pengalaman yang
    pernah dilaluinya. Jika ia bersifat rasional individu itu dikatakan
    bersifat matang kerana menggunakan akal dan pemikirannya bagi
    mengawal tindak tanduk yang merugikan.                                                      

    Sunday, 19 February 2012

    Resipi Kejayaan

    1.   Baca apa sahaja kerana ia akan membentuk sikap suka membaca.
    2.   Fahami apa yang dibaca.
    3.   Kaitkan apa yang dibaca agar lebih kreatif.
    4.   Bentuk pemikiran anda selari dengan matlamat yang hendak dicapai.
    5.   Usah takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
    6.   Belajar dengan bantuan guru kerana tanpa guru anda tak ke mana.
    7.   Usah malu bertanya kerana sikap malu membuat anda ketinggalan.
    8.   Yakini diri anda dan usaha dengan gigih.
    9.   Usah takut dikritik. Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat.
    10. Jangan tinggal solat dan sentiasa bertawakal kepadaNYA.

    Thursday, 16 February 2012

    Kepentingan Senyum

    1.    Ia melambangkan kesihatan seseorang.
    2.    Ia sebagai daya tarikan fizikal kepada seseorang.
    3.    Ia sebagai lambang keikhlasan hati seseorang.
    4.    Ia sebagai terapi  buat diri dan orang lain.
    5.    Ia boleh mengurangkan tekanan darah
    6.    Ia membolehkan seseorang kelihatan awet muda.

           JOM SENYUM !






    Imej Seorang Pelajar
    • Tenang
    • Sihat dan ceria
    • Amanah
    • Bersopan santun
    • Mengucapkan salam
    • Berkeyakinan tinggi
    • Menghormati guru dan rakan
    • Mempunyai semangat juang yang tinggi
    • Sentiasa berpakaian kemas dan bersih

    Tuesday, 14 February 2012

    Program Mentor Mentee 2012 yang menjurus membina sahsiah dan karakter murid akan dilancarkan sepertimana butiran berikut :

    Tarikh        :    27 hb. Februari 2012
    Masa         :    8.00 pagi
    Perasmian  :    En. Hamzah bin Salleh

    Sasaran     :     Semua murid dan semua guru