Monday 19 March 2012

Tingkap JOHARI

Ia adalah satu teori personaliti yang diasaskan
oleh Joseph Luft dan Harrington Ingham. Teori
ini menunjukkan sifat-sifat diri anda apabila
anda berinteraksi dengan orang lain.

Tingkap 1(BEBAS)
Ia mewakili diri anda yang diperlihatkan kepada
orang lain seperti hobi,keluarga,tempat tinggal
dan sebagainya. Maklumat-maklumat yang dikongsi
dengan orang lain ini tidak mengancam atau
membahayakan anda.

Tingkap 2 (TIDAK DISEDARI)
Ia mewakili diri sendiri yang anda tidak ketahui.
Contohnya nafas anda berbau, suara anda, gaya anda
berjalan dari belakang dan sebagainya. Anda tidak
dapat menilai diri sendiri tetapi orang lain boleh
menilai anda.

Tingkap 3 (TERSEMBUNYI)
Ia mewakili sifat diri anda yang anda tidak mahu
berkongsi dengan orang lain. Contohnya rahsia anda
atau perasaan cinta terhadap orang lain. Anda akan
berasa terancam atau cemas bila rahsia anda
terbongkar.

Tingkap 4 (TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG)
Ia mewakili sifat diri yang anda tidak ketahui.
Begitu juga dengan orang lain. Ia terletak di bawah
minda bawah sedar.




Perubahan pada satu tingkap akan mempengaruhi tingkap
yang lain.