Wednesday 22 February 2012

Perkaitan Sikap dan Tingkah laku Dengan Konsep Kendiri

Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar, bukan mudah
ibu bapa dan guru memainkan peranan mengubah sikap dan
tingkah laku seseorang kanak-kanak atau murid. Pelbagai nasihat
dan dorongan telah diberi namun individu tersebut masih juga bersikap
acuh tak acuh terhadap apa jua nasihat dan teguran yang diberi.             
Keluhan ibu bapa dan komen daripada guru perlu dijadikan sandaran
untuk kaunselor bertindak bijak berasaskan senario ini. Mengapa nasihat
tidak memberi sebarang bekas kepada tingkah laku murid di sekolah?
Adakah generasi X ini merupakan individu yang sukar dibentuk atau ibu
bapa atau guru yang kurang memahami tuntutan mereka?
Ahli-ahli psikologi mengatakan bahawa pembentukan sikap dan tingkah
laku seseorang individu ada kaitannya dengan konsep kendiri. Justeru
nasihat yang diberi dikatakan tidak dapat mendorong seseorang itu
mengubah konsep kendiri mereka. Sebagai contoh, " Kamu mesti buat
banyak latihan kalau nak lulus dalam matematik tidak dapat mengubah
konsep kendiri murid itu yang percaya bahawa ia sememangnya lemah
dalam matematik. " Nasihat yang diberi juga gagal mendorong murid
membuat ramalan-ramalan positif tentang peluangnya untuk lulus dalam
matematik pada masa hadapan. Malah ia mengukuhkan lagi ciri-ciri
negatif dalam diri seseorang bahawa ia sememangnya lemah dalam
subjek tersebut. Perubahan sikap, pemikiran dan tingkah laku hanya
berlaku sekiranya seseorang itu mengubah konsep kendirinya. Jika
nasihat-nasihat yang diberikan selaras dengan konsep kendiri individu
itu, individu itu akan berubah dengan sendirinya.

Monday 20 February 2012


Siapakah Seorang Pelajar?
Adakah seseorang pelajar kenal akan dirinya dan peranannya?
  • Pelajar perlu tahu akan perkara yang membentuk dirinya sendiri.
  • Ada pelajar tidak kenal dan peka tentang perubahan yang dialaminya.
  • Kebanyakan pelajar keliru tentang diri dan peranan mereka.                                         
  • Setiap individu pelajar itu unik.
  • Setiap individu terbentuk berdasarkan 3 komponen:
                      a.       Kognitif (Pemikiran)
                      b.       Tingkah laku
                      c.       Emosi (Perasaan)

    Jika seseorang individu itu mengalami gangguan emosi, secara
    tidak langsung tingkah lakunya akan turut memberi tindak balas
    kepada situasi tersebut. Adakalanya ia bersifat tidak rasional.
    Ini bergantung kepada keteguhan iman dan pengalaman yang
    pernah dilaluinya. Jika ia bersifat rasional individu itu dikatakan
    bersifat matang kerana menggunakan akal dan pemikirannya bagi
    mengawal tindak tanduk yang merugikan.                                                      

    Sunday 19 February 2012

    Resipi Kejayaan

    1.   Baca apa sahaja kerana ia akan membentuk sikap suka membaca.
    2.   Fahami apa yang dibaca.
    3.   Kaitkan apa yang dibaca agar lebih kreatif.
    4.   Bentuk pemikiran anda selari dengan matlamat yang hendak dicapai.
    5.   Usah takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
    6.   Belajar dengan bantuan guru kerana tanpa guru anda tak ke mana.
    7.   Usah malu bertanya kerana sikap malu membuat anda ketinggalan.
    8.   Yakini diri anda dan usaha dengan gigih.
    9.   Usah takut dikritik. Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat.
    10. Jangan tinggal solat dan sentiasa bertawakal kepadaNYA.

    Thursday 16 February 2012

    Kepentingan Senyum

    1.    Ia melambangkan kesihatan seseorang.
    2.    Ia sebagai daya tarikan fizikal kepada seseorang.
    3.    Ia sebagai lambang keikhlasan hati seseorang.
    4.    Ia sebagai terapi  buat diri dan orang lain.
    5.    Ia boleh mengurangkan tekanan darah
    6.    Ia membolehkan seseorang kelihatan awet muda.

           JOM SENYUM !






    Imej Seorang Pelajar
    • Tenang
    • Sihat dan ceria
    • Amanah
    • Bersopan santun
    • Mengucapkan salam
    • Berkeyakinan tinggi
    • Menghormati guru dan rakan
    • Mempunyai semangat juang yang tinggi
    • Sentiasa berpakaian kemas dan bersih

    Tuesday 14 February 2012

    Program Mentor Mentee 2012 yang menjurus membina sahsiah dan karakter murid akan dilancarkan sepertimana butiran berikut :

    Tarikh        :    27 hb. Februari 2012
    Masa         :    8.00 pagi
    Perasmian  :    En. Hamzah bin Salleh

    Sasaran     :     Semua murid dan semua guru

    Monday 13 February 2012

    Hidup kita bak kapal yang belayar di lautan luas. Anda sebagai pengemudi mesti tahu arah mana yang nak ditujui.Kalau gagal dan kurang cekal, segala badai yang datang melanda pasti gagal ditangani dengan baik.Destinasi yang nak ditujui pasti tak kesampaian. Apa kata, tetapkan pendirian.Lingkari diri dengan sifat sabar, yakin dan tawakkal. Insyaallah, akan sampai jua ke tempat itu nanti.
    Program 4 S yang telah dilancarkan pada 16 hb Januari 2012 dan perasmian program tersebut telah dilakukan oleh En. Hamzah bin Salleh selaku Guru Besar SKHB. Program ini masih berjalan dan harapan unit ini agar semua murid dapat mengekalkan sifat senyum, sapa, salam dan sambut dalam kalangan warga sekolah. Semoga program yang murni ini akan dapat menerapkan budaya murni warga sekolah yang boleh dibanggakan.

    Thursday 9 February 2012

    Baru-baru ini satu kursus bagi guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Sg. Hj. Dorani Beach Resort, Sabak Bernam. Kursus 3 hari 2 malam telah berjaya membantu guru-guru memantapkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah masing-masing. Di samping itu juga, guru-guru dapat menjalin ukuwah dan tali silaturrahim antara satu sama lain. Kepada guru-guru Bimbingan dan Kaunseling teruskan perjuangan anda. Anda mampu melahirkan insan terpuji berakhlak mulia di masa hadapan.
    Kursus Kepimpinan akan diadakan seperti butiran berikut :


        Tarikh         :        11 hb Februari 2012
        Masa          :         8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
        Perasmian  :         En. Hamzah bin Salleh


    Semua pengawas baru selamat berkursus.